Tuesday, 18 March 2014

Filipina : Membangkitkan Kerinduan Bersukarela

Mungkin bersukarela di Cebu Madinah Muslim Community mempunyai suasana yang sangat berbeza daripada tempat lain kerana komuniti Islam di sana sangat menyokong usaha dalam membangunkan komuniti tersebut di samping membaik pulih kesan kerosakan akibat taufan haiyan yang melanda filipina penghujung tahun 2013. Dengan tawaran daripada pihak Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, aku mengambil ia sebagai satu wadah baru dalam bersukarela. Bermula dari 24 Februari hingga 5 Mac 2014, aku menempuh ia dengan 1001 makna dan kegembiraan.Kanak-kanak dan remaja di sana sangat sayangkan kami sebagai sebuah keluarga dan tidak mahu melepaskan kami kerana ikatan ukhwah itu terjalin dan sukar dileraikan. Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang terbuku di dada, aku cuba yang terbaik dalam konsep memberi kepada komuniti yang baru. selama 8 hari berada di sana, pelbagai kerenah dan ragam bersama adik-adik serta kakak-kakak dari sukarelawan Puteri UMNO Malaysia yang mungkin tidak dapat aku lupakan.

Dengan berbekalkan bendera Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, aku memulakan misi aku dengan pelbagai tamparan hebat dari segelintir warga sukarelawan Puteri UMNO sendiri kerana seakan-akan aku mendominasi program mereka tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Aku membawa ia sebagai sebahagian daripada hidup aku dan aku mempercayai bahawa ARPRM adalah teras yang paling berjaya membawa aku ke pentas yang lebih mencabar dalam dunia sukarela.

Selama aku berada di sana, kasih sayang yang terjalin antara aku dan adik-adik di sana sukar dilunturkan. Pabila saat kepulangan aku ke tanah air, mereka menjuraikan airmata enggan melepaskan kami pergi meninggalkan mereka. Maka ia menimbulkan satu azam baru iaitu kmbali ke sana dan berikan apa yang aku ada kepada mereka tanpa mengendahkan cemuhan orang sekeliling yang memandang sinis terhadap dunia bersukarela.



No comments:

Post a Comment