Tepat pada 12 Julai 2014, aku dan sahabat aku, Ahmad Siddiq tiba di Asrama AYATA bagi menyampaikan sumbangan wang bagi menampung pembelian baju raya anak yatim. Aku menerima sumbangan untuk membiayai 10 orang anak yatim hasil daripada kutipan yang aku usahakan. Turut sama dalam program ini adalah Tim dari Grup Penjejak Tamadun Dunia daripada Universiti Industri Selangor (UNISEL).
Pada jam 1.00 petang (waktu thailand), maka berlangsunglah majlis penyerahan baju raya kepada anak yatim seramai 120 orang. Aku bersyukur dengan niat aku untuk melihat senyuman yang dipamerkan oleh anak yatim yang gembira menerima baju baru untuk menyambut lebaran yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Antara penerima baju raya yang diraikan :
Dan aku juga bertemu dengan adik-adik angkatku yang aku temui pada bulan Februari dulu meminta aku mengadakan kem cuti sekolah di tempat mereka kerana mereka seronok setelah aku kongsikan ilmu asas bahasa isyarat dan permainan breakclap.
selepas usai majlis penyerahan baju raya, majlis Iftar Ramadhan yang menghimpunkan anak yatim, orang kampung, warga belia dan penyumbang dan satu majlis berbuka puasa. Tak seperti di Malaysia, mereka berbuka di dalam dulang bagi menguatkan ukhwah yang bakal dan sedia terjalin.
Pada keesokan harinya, aku dan penyumbang yang lain di bawa melawat ke tempat sejarah pergolakan krisis selatan thailand. Antarnya :
1. Masjid Wadi Al-Hussein (Masjid 300 tahun)
2. Kubur Para Syuhada' (mangsa pembunuhan tentera Thailand)
3. Pusat Pendidikan dan Keagamaan Nadtanjung, Pattani
4. Surau Aur (Surau Tertua di Asia Tenggara)
5. Masjid Kru-sek (Masjid Tragedi pembunuhan jemaah subuh)
6. Rumah Sulaiman (Mangsa Tembakan Askar Thai,Buta Kedua-dua mata)
Melihat kepada kronologi dan peristiwa yang berlaku serta atas dasar inisiatif yang timbul dalam minda aku, projek Mega MYHA Selangor yang diberi nama "Jelajah Kem Cuti Musim Panas Anak Yatim MYHA Selangor yang melibatkan 3 NGO yang memperjuangkan pendidikan anak yatim iaitu :
1. Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (FEHRD) Yala
2. Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal (AYATA), Takbai
3. Badan Kebajikan Anak Yatim Tanjung, Nadtanjung, Pattani
yang bakal dilaksanakan pada pertengahan April 2015 yang mengambil masa 2 minggu untuk melaksanakan misi ini serta dibekalkan dengan modul yang bersesuaian untuk memastikan anak yatim menerima input yang berkesan.
Pada yang ingin menyumbang bagi menjayakan program ini, boleh hubungi saya di FB Mohd Ikhsan Abdul Wahab , Feedback di Website saya ikhsandiarylife90.wix.com/my-diary atau di talian 011-23597393 (call/sms)/017-280 2124 (Whatsapp)
No comments:
Post a Comment