Aku adalah aku |
Di selekoh penjuru bangunan setingkat sekolah, cikgu yang paling aku gerun, cikgu Baharuddin memanggil aku tapi kali ini untuk meminta bantuan dari aku untuk menyiapkan "props" sketsa dan tarian yang akan di jayakan di dataran terbuka sekolah. Aku seperti biasa menurut semua arahan yang diberikan oleh cikgu Baharuddin.
Setelah siap semua kerja yang diarahkan, aku mula melakukan kerja pembersihan selepas semua aktiviti sambutan hari guru dan hari kantin selesai. Di kala semua murid pulang ke rumah masing-masing, tinggal aku dan beberapa orang cikgu masih lagi meneruskan kerja-kerja pembersihan yang masih berbaki lantaran sekolah di biar berserakan dengan sampah-sarap. Kerja yang mungkin budak-budak takkan faham apa kelebihannya.
Jam menunjukkan hampir pukul 3.30 petang, cikgu Baharuddin mengarahkan aku untuk menghentikan kerja dan menyuruh aku pulang kerana takut aku di marah oleh emakku. Aku pun menghentikan kerjaku itu dan menghirup air sirap yang dibekalkan oleh cikgu. Lantaran cikgu Baharuddin menghulurkan sebuah kotak yang mengandungi alat jangka lukis dan sebagainya. Aku mengucapkan terima kasih dan aku ke tempat letak basikal untuk berjalan pulang ke rumah.
Timbul satu keinginan yang baru dalam diri aku ketika itu untuk membantu orang lain. dan pada akhir tahun 2007 baru aku tahu itu adalah kehidupan sebagai seorang SUKARELAWAN. Ia mengambil masa 8 Tahun untuk aku memahami dan merasai apabila menjadi seorang sukarelawan.
No comments:
Post a Comment