Aku telahpun menyiapkan komponen terakhir, iaitu komponen penjelajahan lasak dengan di bantu oleh kawan aku, Muhamad Faris Zayani Bin Mat Jani @ Alif sebagai penilai aku dalam melaksanakan aktiviti ini.
Aktiviti komponen dilakukan di dua(2) tempat iaitu di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau bagi aktiviti pendakian dan Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Tampin bagi aktiviti penerokaan. Ini adalah aktiviti yang mencabar bagi aku kerana ia menguji tahap kekuatan mental dan fizikal aku. Namun, aku mencabar diri aku dan sentiasa berfikiran positif dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.
Tepat jam 7.30 pagi pada 21 Ogos 2014, aku dan rakan-rakan serta penilai memulakan pendakian yang aku sendiri jarang lakukan di tempat lain. Dan seperti yang dijangkakan, laluan hutan yang sangat mencabar serta kapasiti badan yang gemuk menyukarkan acara pendakian dilakukan.
|
Laluan yang sangat mencabar, menggeletar lutut |
Di sepanjang perjalanan, aku sentiasa berfikiran positif dan mula bermain langkah dengan laluan hutan seperti yang dilakukan oleh penilai aku. Dan aku tiba di puncak Gunung Datuk tepat jam 10.30 pagi.
|
Yeay...dah nak sampai puncak |
|
Mengibarkan bendera ARPRM adalah satu kemestian dalam pelaksanaan aktiviti komponen dan ia adalah suatu kebanggaan yang sukar dicari |
|
Jangan dilupakan jua bendera negara tercinta sempena bulan kemerdekaan dan semangat menyokong pembebasan Palestin yang masih utuh di jiwa |
Selepas berehat dan sesi bergambar selama beberapa jam, aku dan rakan-rakan serta penilai memulakan penurunan dari puncak Gunung Datuk dan tiba di "Basecamp" pada jam 3 petang dan terus bertolak ke Hutan Lipur Gua Batu Maloi di Tampin dan sempat singgah makan untuk mengisi perut yang lapar.
Pada jam 9.00 pagi pada 22 Ogos 2014, aku dan rakan-rakan serta penilai memulakan aktiviti penerokaan Gua Batu Maloi yang juga mencabar mental dan fizikal aku yang gemuk ini untuk melalui laluan celahan batu. Dan aku baru sedar yang penunjuk laluan Gua Batu Maloi adalah budak yang selalu datang ke Pusat Kegiatan Rakan Muda Gombak sewaktu dia bersekolah dulu.
|
Bersama penunjuk laluan yang juga budak yang selalu datang ke PKRM Gombak sewaktu beliau bersekolah dahulu. |
|
Mengibarkan bendera ARPRM dimana-mana saja sebagai tanda semangat kental peserta-pesertanya. |
|
bergambar dengan artifak sejarah, Lukisan batu menyerupai sami sedang menyembah patung buddha |
Tapi, aktiviti penerokaan kali ini aku tewas dan hanya berjaya menamatkan 12 daripada 24 checkpoint kerana keletihan yang keterlaluan namun aku ini adalah pengalaman kedua aku meneroka gua selepas Gua Tempurung di Perak pada tahun 2010 semasa aku menyertai ARPRM Tahap Perak.
Ia adalah sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan aku berasa lega kerana aku berjaya menamatkan kesemua aktiviti komponen ARPRM Tahap Emas pada tahun ini. Ok sekarang masa untuk siapkan laporan keseluruhan dan hantar kepada Kak Ann di BPRM, KBS esok. Doakan kejayaanku ini...
No comments:
Post a Comment