Setiap hari aku berharap aku dapat membantu mereka-mereka yang kurang berkemampuan di luar sana. Tapi, sudah semestinya misi wajibku adalah program pembangunan pendidikan anak-anak yatim di selatan Thailand yang bakal dilangsungkan pada 10 hingga 13 Julai 2014 di Takbai, Narathiwat, Selatan Thailand.
|
Selatan Thailand - 10 hingga 13 Julai 2014 |
Tak sampai 2 minggu aku balik dari misi kemanusiaan di filipina, adik-adik ku di sana inginkan aku kembali semula ke sana kerana mereka sudah rindu. Aku mengambil keputusan untuk kembali ke sana insyaallah pada bulan Ogos 2014 jika tiada halangan yang mendatang.
|
Filipina - Ogos 2014 (Insyaallah) |
Dan ini adalah misi pertamaku sepanjang penglibatan aku di dalam dunia kesukarelaan apabila aku diberikan peluang oleh presiden Angkatan Sukarelawan Aman Sejahtera (ASAS) untuk terlibat di dalam misi kemanusiaan di Kemboja pada Hari Raya AidilAdha yang bakal tiba tidak lama lagi.
|
Kemboja - Oktober 2014 |
Semoga ketiga-tiga misi ini berjaya dilaksanakan pada tahun ini dan aku perlu mencari dana bagi membiayai perjalanan aktiviti aku di sana.