Wednesday, 27 August 2014

4 tahun perjuangan, Berakhirnya di sini

Teringat pada tanggal 25 April 2011, aku sangat berkobar-kobar untuk menyertai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda tahap Emas yang sebenarnya tertangguh hampir dua bulan apabila aku hantar ke JBS Selangor. Kepala aku berligat untuk call Abg Ravi untuk tanya macam mana nak bagi selesai masalah tu. Abg Ravi suruh aku pergi direct ke KBS dan hantar borang permohonan emas sekali lagi. Masa tu aku sempat jumpa Aiman je, pegawai kontrak yang handle ARP dan masa tu tak kenal lagi Kak Ann dengan Pn. Mariam. Pada masa tu jugalah aku buat research macam mana nak pilih aktiviti untuk setiap komponen yang ada. 

Sebulan lepas tu, aku di hantar oleh PBSD Gombak untuk attend kursus pengurusan ARPRM Peringkat zon tengah kat Klang. Belum mula emas, dah jadi pemimpin ARPRM pula. Masa tu aku masih dalam keadaan bingung dalam menempuh dunia ARPRM walaupun aku ada asas semasa di tahap Perak dan Gangsa dulu.


Tanggal 27 hingga 29 Mei 2011, itu adalah permulaan bagi aku untuk memulakan komponen khidmat masyarakat dengan menjadi sukarelawan booth pameran ARPRM. ketika tu baru aku kenal Pn. Mariam dan Kak Ann, orang yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan ARPRM.

Selama beberapa tahun aku meneruskan aktiviti khidmat masyarakat di kala aku masih lagi mencari aktiviti untuk 3 komponen yang lain serta lokasi untuk projek penempatan. Pada tahun 2013, ilham untuk aktiviti komponen kemahiran dan rekreasi fizikal timbul dan aku menceburi aktiviti senam seni 1 Malaysia yang di ajar oleh Kak Nul Widaya dan aktiviti pembelajaran Aplikasi Adobe Photoshop di ajar oleh rakan aku sendiri, Azmi. Dan pada tahun 2013 jugalah aku menjalankan projek penempatan yang sepatutnya dijalankan pada akhir setelah semua komponen. Tetapi untuk tidak semakkan kepala aku, pada 19 hingga 23 Jun 2013, aku telah melaksanakan projek penempatan aku di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban selepas semua dokumen projek diluluskan oleh NAA.

 Aku bersyukur kerana projek aku di bantu dengan insan yang hebat dari PBDB dan Persatuan Rancangan Pertukaran Asia Malaysia dan majlis perasmian penutup projek dirasmikan oleh Y.Bhg Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusoff yang menyokong kuat usaha pembangunan ARPRM di kalangan remaja. Aku menjemput mem dengan secara SMS sahaja, tetapi atas dasar pembangunan ARPRM, beliau gagah turun untuk merasmikan projek penempatan aku di TSH TAN. Aku sangat berterima kasih kepada beliau yang selalu menyokong usaha remaja dalam kebangkitan ARPRM.


Selama perjuangan 4 tahun aku dalam ARPRM, akhirnya aku ambil keputusan untuk menamatkannya selepas aku selesai menjalankan aktiviti komponen penjelajahan lasak yang telah dilaksanakan pada 20 hingga 23 Ogos 2014. dan semalam pada 26 Ogos 2014, aku telah menghantar laporan keseluruhan ARPRM tahap Emas kepada Kak Ann sebagai tanda berakhirnya perjuangan aku dalam menempuh dugaan sebagai peserta tahap Emas ARPRM semenjak 25 April 2011 hingga 26 Ogos 2014. Doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat.

Sunday, 24 August 2014

Kem Eksplorasi Alam ARPRM pengakhiran aktiviti komponen tahap Emas ARPRM

Aku telahpun menyiapkan komponen terakhir, iaitu komponen penjelajahan lasak dengan di bantu oleh kawan aku, Muhamad Faris Zayani Bin Mat Jani @ Alif sebagai penilai aku dalam melaksanakan aktiviti ini.

Aktiviti komponen dilakukan di dua(2) tempat iaitu di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau bagi aktiviti pendakian dan Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Tampin bagi aktiviti penerokaan. Ini adalah aktiviti yang mencabar bagi aku kerana ia menguji tahap kekuatan mental dan fizikal aku. Namun, aku mencabar diri aku dan sentiasa berfikiran positif dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

Tepat jam 7.30 pagi pada 21 Ogos 2014, aku dan rakan-rakan serta penilai memulakan pendakian yang aku sendiri jarang lakukan di tempat lain. Dan seperti yang dijangkakan, laluan hutan yang sangat mencabar serta kapasiti badan yang gemuk menyukarkan acara pendakian dilakukan.
Laluan yang sangat mencabar, menggeletar lutut

Di sepanjang perjalanan, aku sentiasa berfikiran positif dan mula bermain langkah dengan laluan hutan seperti yang dilakukan oleh penilai aku. Dan aku tiba di puncak Gunung Datuk tepat jam 10.30 pagi.

Yeay...dah nak sampai puncak
Mengibarkan bendera ARPRM adalah satu kemestian dalam pelaksanaan aktiviti komponen dan ia adalah suatu kebanggaan yang sukar dicari
Jangan dilupakan jua bendera negara tercinta sempena bulan kemerdekaan dan semangat menyokong pembebasan Palestin yang masih utuh di jiwa

Selepas berehat dan sesi bergambar selama beberapa jam, aku dan rakan-rakan serta penilai memulakan penurunan dari puncak Gunung Datuk dan tiba di "Basecamp" pada jam 3 petang dan terus bertolak ke Hutan Lipur Gua Batu Maloi di Tampin dan sempat singgah makan untuk mengisi perut yang lapar.

Pada jam 9.00 pagi pada 22 Ogos 2014, aku dan rakan-rakan serta penilai memulakan aktiviti penerokaan Gua Batu Maloi yang juga mencabar mental dan fizikal aku yang gemuk ini untuk melalui laluan celahan batu. Dan aku baru sedar yang penunjuk laluan Gua Batu Maloi adalah budak yang selalu datang ke Pusat Kegiatan Rakan Muda Gombak sewaktu dia bersekolah dulu.

Bersama penunjuk laluan yang juga budak yang selalu datang ke PKRM Gombak sewaktu beliau bersekolah dahulu.
Mengibarkan bendera ARPRM dimana-mana saja sebagai tanda semangat kental peserta-pesertanya.
bergambar dengan artifak sejarah, Lukisan batu menyerupai sami sedang menyembah patung buddha
Tapi, aktiviti penerokaan kali ini aku tewas dan hanya berjaya menamatkan 12 daripada 24 checkpoint kerana keletihan yang keterlaluan namun aku ini adalah pengalaman kedua aku meneroka gua selepas Gua Tempurung di Perak pada tahun 2010 semasa aku menyertai ARPRM Tahap Perak.

Ia adalah sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan aku berasa lega kerana aku berjaya menamatkan kesemua aktiviti komponen ARPRM Tahap Emas pada tahun ini. Ok sekarang masa untuk siapkan laporan keseluruhan dan hantar kepada Kak Ann di BPRM, KBS esok. Doakan kejayaanku ini...