Tepat pada 12 Julai 2014, aku dan sahabat aku, Ahmad Siddiq tiba di Asrama AYATA bagi menyampaikan sumbangan wang bagi menampung pembelian baju raya anak yatim. Aku menerima sumbangan untuk membiayai 10 orang anak yatim hasil daripada kutipan yang aku usahakan. Turut sama dalam program ini adalah Tim dari Grup Penjejak Tamadun Dunia daripada Universiti Industri Selangor (UNISEL).
Pada jam 1.00 petang (waktu thailand), maka berlangsunglah majlis penyerahan baju raya kepada anak yatim seramai 120 orang. Aku bersyukur dengan niat aku untuk melihat senyuman yang dipamerkan oleh anak yatim yang gembira menerima baju baru untuk menyambut lebaran yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Antara penerima baju raya yang diraikan :
Dan aku juga bertemu dengan adik-adik angkatku yang aku temui pada bulan Februari dulu meminta aku mengadakan kem cuti sekolah di tempat mereka kerana mereka seronok setelah aku kongsikan ilmu asas bahasa isyarat dan permainan breakclap.
selepas usai majlis penyerahan baju raya, majlis Iftar Ramadhan yang menghimpunkan anak yatim, orang kampung, warga belia dan penyumbang dan satu majlis berbuka puasa. Tak seperti di Malaysia, mereka berbuka di dalam dulang bagi menguatkan ukhwah yang bakal dan sedia terjalin.
Pada keesokan harinya, aku dan penyumbang yang lain di bawa melawat ke tempat sejarah pergolakan krisis selatan thailand. Antarnya :
1. Masjid Wadi Al-Hussein (Masjid 300 tahun)
2. Kubur Para Syuhada' (mangsa pembunuhan tentera Thailand)
3. Pusat Pendidikan dan Keagamaan Nadtanjung, Pattani
4. Surau Aur (Surau Tertua di Asia Tenggara)
5. Masjid Kru-sek (Masjid Tragedi pembunuhan jemaah subuh)
6. Rumah Sulaiman (Mangsa Tembakan Askar Thai,Buta Kedua-dua mata)
Melihat kepada kronologi dan peristiwa yang berlaku serta atas dasar inisiatif yang timbul dalam minda aku, projek Mega MYHA Selangor yang diberi nama "Jelajah Kem Cuti Musim Panas Anak Yatim MYHA Selangor yang melibatkan 3 NGO yang memperjuangkan pendidikan anak yatim iaitu :
1. Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (FEHRD) Yala
2. Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal (AYATA), Takbai
3. Badan Kebajikan Anak Yatim Tanjung, Nadtanjung, Pattani
yang bakal dilaksanakan pada pertengahan April 2015 yang mengambil masa 2 minggu untuk melaksanakan misi ini serta dibekalkan dengan modul yang bersesuaian untuk memastikan anak yatim menerima input yang berkesan.
Pada yang ingin menyumbang bagi menjayakan program ini, boleh hubungi saya di FB Mohd Ikhsan Abdul Wahab , Feedback di Website saya ikhsandiarylife90.wix.com/my-diary atau di talian 011-23597393 (call/sms)/017-280 2124 (Whatsapp)
Blog ini adalah nukilan perjalanan hidup seorang insan yang tabah mengharungi hidup sebagai seorang sukarelawan
Wednesday, 16 July 2014
Friday, 4 July 2014
Misi Antarabangsa Selatan Thailand Kembali lagi
Aku selalu diingatkan bahawa untuk jadi jaguh kampung dulu barulah menyumbang di luar negara tetapi itu semua cakap-cakap orang. Tak ramai yang ambil kisah tentang jiran seislam kita di utara sana. mereka susah di tindas oleh kerajaan sendiri. Atas perbezaan agama, mereka tak dipedulikan. Malah, dipersalahkan lagi dengan semua siri pengeboman yang berlaku hampir setiap hari yang menjadikan mereka lali dengan situasi itu.
Selalu membincangkan banyak perkara dengan NGO Tempatan bagi mendapatkan gambaran jelas |
Pada tahun ini, misi aku kali ini menyampaikan wang sumbangan baju raya yang telah disumbangkan olen Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Negeri Selangor dan orang perseorang bagi menaja 6 orang anak yatim bagi menyambut Aidilfitri pada tahun ini.
Wajah Anak-anak yatim selatan thai yang sedia menerima apa jua jenis bantuan yang dihulurkan. |
Program ini dijalankan pada 11 hingga 13 Julai 2014 bersama Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal, Takbai
yang menghimpunkan hampir 200 orang anak yatim bagi meraikan majlis berbuka puasa dengan juadah yang istimewa berbanding kebiasaan.
Pada sesiapa yang masih ingin menghulurkan sumbangan. boleh hubungi saya di talian 011-23597393
atau di Facebook Mohd Ikhsan Abdul Wahab
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan pada bulan Ramadhan ini mendatangkan 1000 Barakah dalam hidup kita. InsyaAllah....
Wednesday, 2 July 2014
Segalanya bermula dari saat itu.....
Aku adalah aku |
Di selekoh penjuru bangunan setingkat sekolah, cikgu yang paling aku gerun, cikgu Baharuddin memanggil aku tapi kali ini untuk meminta bantuan dari aku untuk menyiapkan "props" sketsa dan tarian yang akan di jayakan di dataran terbuka sekolah. Aku seperti biasa menurut semua arahan yang diberikan oleh cikgu Baharuddin.
Setelah siap semua kerja yang diarahkan, aku mula melakukan kerja pembersihan selepas semua aktiviti sambutan hari guru dan hari kantin selesai. Di kala semua murid pulang ke rumah masing-masing, tinggal aku dan beberapa orang cikgu masih lagi meneruskan kerja-kerja pembersihan yang masih berbaki lantaran sekolah di biar berserakan dengan sampah-sarap. Kerja yang mungkin budak-budak takkan faham apa kelebihannya.
Jam menunjukkan hampir pukul 3.30 petang, cikgu Baharuddin mengarahkan aku untuk menghentikan kerja dan menyuruh aku pulang kerana takut aku di marah oleh emakku. Aku pun menghentikan kerjaku itu dan menghirup air sirap yang dibekalkan oleh cikgu. Lantaran cikgu Baharuddin menghulurkan sebuah kotak yang mengandungi alat jangka lukis dan sebagainya. Aku mengucapkan terima kasih dan aku ke tempat letak basikal untuk berjalan pulang ke rumah.
Timbul satu keinginan yang baru dalam diri aku ketika itu untuk membantu orang lain. dan pada akhir tahun 2007 baru aku tahu itu adalah kehidupan sebagai seorang SUKARELAWAN. Ia mengambil masa 8 Tahun untuk aku memahami dan merasai apabila menjadi seorang sukarelawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)