Sunday, 29 June 2014

Laporan Peserta Emas ARPRM Tinggal 1 Komponen Saja Lagi

Terlintas di fikiran aku, apa yang akan aku lakukan selepas bergelar penerima anugerah Emas ARPRM? mungkin aku ada cara yang berbeza untuk memberikan khidmat bakti apabila ditauliahkan sebagai penerima Emas ARPRM 2015.

Hampir setiap hari aku menelaah dan membaiki laporan peserta Emas aku. Tanpa aku sedari, hampir 65% perjalanan laporan peserta Emas telah aku harungi. berbaki 1 lagi komponen iaitu komponen Penjelajahan Lasak masih lagi tergantung kerana ketiadaan masa serta komitmen kerja yang tinggi.

Laporan yang aku hadap selalu bagi menampilkan kesempurnaan

Bagi menunggu waktu memuktamadkan pengakhiran aktiviti ARPRM tahap Emas aku, aku masih lagi mengejar baki jumlah jam aktiviti komponen khidmat masyarakat yang telah pun menjangkau angka jam yang ke-800. mungkin aku tiada daya untuk memcahkan rekod 2000++ jam, namun cukup sekadar melengkapkan jumlah jam yang ada dan terpancar keseronokan dalam konsep memberi ini.

Adakalanya perit yang aku harus lalui apabila gambar komponen kemahiran dan rekreasi fizikal hangus di mamah virus yang membuat aku sedikit kecewa dan ia tidak mematahkan semangat aku untuk terus memohon semula kepada penilai dan jurulatih aku untuk mengambil gambar dan video bagi tujuan rekod tatkala bagi sesetengah pihak ia agak kelewatan untuk bertindak sedemikian.

Semoga aku adalah wira dalam diam. tanpa di sorak, tanpa diagungkan, tanpa di canang, aku masih mampu bergerak seiring dengan konsep memberi yang aku fahami.