Teringat pada tanggal 25 April 2011, aku sangat berkobar-kobar untuk menyertai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda tahap Emas yang sebenarnya tertangguh hampir dua bulan apabila aku hantar ke JBS Selangor. Kepala aku berligat untuk call Abg Ravi untuk tanya macam mana nak bagi selesai masalah tu. Abg Ravi suruh aku pergi direct ke KBS dan hantar borang permohonan emas sekali lagi. Masa tu aku sempat jumpa Aiman je, pegawai kontrak yang handle ARP dan masa tu tak kenal lagi Kak Ann dengan Pn. Mariam. Pada masa tu jugalah aku buat research macam mana nak pilih aktiviti untuk setiap komponen yang ada.
Sebulan lepas tu, aku di hantar oleh PBSD Gombak untuk attend kursus pengurusan ARPRM Peringkat zon tengah kat Klang. Belum mula emas, dah jadi pemimpin ARPRM pula. Masa tu aku masih dalam keadaan bingung dalam menempuh dunia ARPRM walaupun aku ada asas semasa di tahap Perak dan Gangsa dulu.
Tanggal 27 hingga 29 Mei 2011, itu adalah permulaan bagi aku untuk memulakan komponen khidmat masyarakat dengan menjadi sukarelawan booth pameran ARPRM. ketika tu baru aku kenal Pn. Mariam dan Kak Ann, orang yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan ARPRM.
Selama beberapa tahun aku meneruskan aktiviti khidmat masyarakat di kala aku masih lagi mencari aktiviti untuk 3 komponen yang lain serta lokasi untuk projek penempatan. Pada tahun 2013, ilham untuk aktiviti komponen kemahiran dan rekreasi fizikal timbul dan aku menceburi aktiviti senam seni 1 Malaysia yang di ajar oleh Kak Nul Widaya dan aktiviti pembelajaran Aplikasi Adobe Photoshop di ajar oleh rakan aku sendiri, Azmi. Dan pada tahun 2013 jugalah aku menjalankan projek penempatan yang sepatutnya dijalankan pada akhir setelah semua komponen. Tetapi untuk tidak semakkan kepala aku, pada 19 hingga 23 Jun 2013, aku telah melaksanakan projek penempatan aku di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban selepas semua dokumen projek diluluskan oleh NAA.
Aku bersyukur kerana projek aku di bantu dengan insan yang hebat dari PBDB dan Persatuan Rancangan Pertukaran Asia Malaysia dan majlis perasmian penutup projek dirasmikan oleh Y.Bhg Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusoff yang menyokong kuat usaha pembangunan ARPRM di kalangan remaja. Aku menjemput mem dengan secara SMS sahaja, tetapi atas dasar pembangunan ARPRM, beliau gagah turun untuk merasmikan projek penempatan aku di TSH TAN. Aku sangat berterima kasih kepada beliau yang selalu menyokong usaha remaja dalam kebangkitan ARPRM.
Selama perjuangan 4 tahun aku dalam ARPRM, akhirnya aku ambil keputusan untuk menamatkannya selepas aku selesai menjalankan aktiviti komponen penjelajahan lasak yang telah dilaksanakan pada 20 hingga 23 Ogos 2014. dan semalam pada 26 Ogos 2014, aku telah menghantar laporan keseluruhan ARPRM tahap Emas kepada Kak Ann sebagai tanda berakhirnya perjuangan aku dalam menempuh dugaan sebagai peserta tahap Emas ARPRM semenjak 25 April 2011 hingga 26 Ogos 2014. Doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat.